Rabu, 30 Disember 2015

Objektif

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
v  Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai                                                                                              
v  Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kearah pencapaian objektif yang telah digariskan
v  Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan

v  Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian ya AL-Musawah

Objektif

OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Ø  Menjaga keselamatan agama                                                                                                                         merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkaitan rapat dengan soal akidah.
Ø   Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)
menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia
Ø  Menjaga keselamatan akal
akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada      manusia .
=>keistemewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain.
Ø   Menjaga keselamatan maruah
=>memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.
Ø   Menjaga keselamatan harta
=>menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah .

Pendahuluan

§  PENDAHULUAN

v  Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia.

Al-Musawah

Ø  AL-Musawah

o   : AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.

o   : Persamman ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s .

o   : Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusa yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketakwaan.

Ø  PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM
ORGANISASI

o   Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.

o   Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, keranan setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.

o   Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama .

Al-Hurriyah


§  Al-Hurriyah
§  : Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam.
§  : Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.
§  ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :
v  Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti .
v  Kebebasan berfikir .
v  Kebebasan bersuara.
v  Kebebasan memiliki dan mencari harta.
v  Kebebasan untuk menuntut ilmu.
v  Kebebasan bergerak.
§  KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
v  Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .
v  Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.

Al Syura

§  Mengimplementasikan Amalan Syura
v  Islam menjadikan amalan syura sebagai suatu pendekatan yang perlu diterapkan dalam segala bidang kehidupan.
v  Proses syura yang dijalankan akan memberi peluang kepada yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain. Akhienya keputusan yang terbaik akan dapat dicapai melalui penyertaan pelbagai pihak.
§  Kepentigan Al Syura
v  Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal ,keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
v  Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
v  Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai .
v  Melalui syura , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
§  Peranan Majlis Syura
v  Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
v  Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
v  Meluluskan program-program kewangan .
v  Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu .

Konsep Ubudiyyah

§  Al Ubudiyyah
v  Ubudiyyah secara umumnya memberi makna ibadah manakala secara khususnya dapat difahami dengan erti pengabdian kepada Allah SWT. Inilah yang merupakan sebab mengapa Allah SWT menciptakan manusia dan jin itu .

§  KONSEP UBUDIYAH

·         Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .

·         Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya .
·         PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA                                                
v  Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.

v  Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

v  Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .

·         KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTA BUDAYA  ORGANISASI  YANG DIWUJUDKAN:

v  Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya .
v  3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .

v  3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsipagama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif